Tahukah anda bahawa buah betik mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau. Buah betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit hempedu. Walaupun sumber vitamin C boleh diperolehi dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (+/-280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan.
Petikan dari Majalah Rapi Januari 2008